Ditubuhkan pada 24 April 1928 dengan tujuan membantu mengurangkan bebanan kewangan anggota polis dan kakitangan di Jabatan Polis. Tanpa mengabaikan anggota, KPD telah membangun dari sebuah koperasi yang menyediakan urusan pinjam-meminjam kepada sebuah konglomerat yang sehingga kini memiliki aset pada nilai buku sebanyak RM689.5 juta.
KPD dikenali sebagai “SYARIKAT BERKERJASAMA BANTUAN DIRI SENDIRI, JIMAT CERMAT BAGI MEREKA DI DALAM PEKERJAAN POLIS, DI DALAM NEGERI MELAYU BERSEKUTU DENGAN TANGGUNGAN BERHAD”.
KPD dipelopori oleh 42 anggota polis, antaranya ialah: –
SM SHEQ MOHAMAD
SM KULA SINGH
Pada 12 Julai 1976 penamaan baru iaitu “KOPERASI POLIS DIRAJA MALAYSIA BERHAD (KPD)” diperkenalkan.
KPD juga mengembangkan sayapnya dengan terlibat secara langsung di dalam industri seperti berikut:
Pembinaan
Kejuruteraan
Komputer
Perhotelan
Hartanah
Industri Penerbangan
Pendidikan
Pengangkutan
KPD merupakan salah satu dari empat institusi kewangan diikhtiraf oleh Parlimen sebagai Agensi Dana Bumiputra. Tiga institusi yang lain melibatkan Permodalan Nasional Berhad(PNB), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Lembaga Tabung Haji (LTH).