TENTANG KAMI
Kop Travel & Tours Sdn Bhd adalah sebuah syarikat milik penuh Koperasi Polis DiRaja Malaysia Berhad. Ia ditubuhkan pada 13hb September 1990 dimana pemegang saham utama untuk syarikat adalah KOP Mantap Berhad (anak syarikat milik penuh Koperasi Polis DiRaja Malaysia Berhad). Sebagai sebuah syarikat yang dimiliki penuh salah sebuah Koperasi yang terbesar di Malaysia, sokongan dari segi teknikal dan material adalah amat kukuh.
Syarikat ini memiliki tiga (3) lesen utama di dalam sektor pelancongan iaitu
1)Penempahan Tiket Penerbangan Dalam dan Luar Negara
2)Perniagaan Pelancongan Luar Negeri (Outbound Tours),
3)Umrah dan Perjalanan .
Selain mengendalikan Pakej Pelancongan dan membekal tiket penerbangan, syarikat ini juga menawarkan perkhidmatan pengangkutan bas persiaran.
Bagi mengukuhkan lagi kedudukan syarikat untuk bersaing dalam sektor pelancongan, kerjasama dengan beberapa syarikat pelancongan telah diwujudkan. Justeru itu syarikat pada ketika ini siap sedia untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan merangkumi individu, korporat dan badan-badan kerajaan.
MENAWARKAN KHIDMAT SERVIS 24/7
SENTIASA MEMENUHI PERMINTAAN PELANGGAN
PELBAGAI PAKEJ / PRODUK YANG DI SEDIAKAN